Soalan-soalan yang kerap ditanyakan
Quranbit membolehkan belajar Quran sedikit demi sedikit melalui Whatsapp/Telegram. Setiap hari, Asatizah anda akan mengirimkan tugasan beberapa ayat untuk dibaca. Hantarkan bacaan anda melalui rakaman suara (voice note). Asatizah anda akan membalas dalam masa 24 jam dengan maklum balas mengenai bacaan anda.
Takde waktu khas untuk belajar. Anda boleh menghantar tugasan anda pada bila-bila masa dan asatizah anda akan membalas dalam masa 24 jam.
Sudah tentu boleh. InshaAllah! Asatizah kami akan membimbing anda sedikit demi sedikit mengikut tahap kebolehan anda. Video tajwid asas disediakan untuk membantu anda dari mula sehingga anda boleh membaca Al-Quran dengan fasih. Daftarkan diri sekarang!
Ya, InshaAllah! Asatizah kami akan membimbing anda melalui kurikulum kami untuk memastikan bahawa anda dapat memperbaiki bacaan anda sedikit demi sedikit, bermula dari asas (Makhraj & Mad Asli) sehingga Tajwid yang lebih mahir. Dengan membaca setiap hari, anda dapat mempertingkatkan kefasihan dan keyakin anda dalam membaca, serta dapat membetulkan kesilapan yang mungkin anda lakukan semasa membaca. Daftarkan diri sekarang!
Kelas Quranbit diadakan buat seminit sehari, enam hari seminggu (sehari cuti setiap minggu). Jika anda terlepas kelas hari ini, anda boleh sambung hari esok. Anda boleh menarik dari program ini pada bila-bila masa. Beritahu asatizah anda atau Admin Quranbit jika anda ingin menarik diri.
Sesiapa sahaja boleh belajar menerusi Quranbit! Pelajar Quranbit berumur 4-89 tahun.
Anda akan dipasangkan dengan asatizah yang sama jantina dengan anda (Ustazah untuk pelajar wanita dan Ustaz untuk pelajar lelaki).
Admin Quranbit akan menghubungi kamu dalam masa 24 jam selepas pendaftaran anda diterima. Anda akan dipasangkan dengan asatizah anda dalam masa 2-3 hari dan boleh bermula sejurus selepas mendapat mesej itu.
Tidak. Setiap pelajar baru diharuskan menamatkan peringkat Quranbit (9 modul) sebelum memulakan pengajian di peringkat Tilawahbit. Asatizah anda akan menilai kebolehan anda melalui tugasan Quranbit. Jika anda didapati sudah ada kefasihan dan pemahaman hukum tajwid yang secukupnya, anda mungkin dinaiktarafkan ke peringkat Tilawahbit.
Perjalanan Quranbit setiap pelajar berlainan mengikut keperluan dan kebolehan masing-masing. Seorang yang buta huruf ada kemungkinan dapat mula membaca Quran dalam masa 6 bulan. Syaratnya adalah pelajar tersebut harus konsisten dalam pembelajaran, mendengar maklum balas Asatizah dan tidak putus asa memperbaiki diri. Bagi yang sudah boleh membaca, kurikulum Quranbit boleh diselesaikan dalam masa 3 bulan jika diikuti dengan konsisten.
Hanya nama yang didaftarkan akan diketahui oleh Asatizah anda. Asatizah dan kakitangan pentadbir kami mempunyai persetujuan untuk hanya menghubungi anda mengenai perkara-perkara Quranbit sahaja. Rujuk polisi PDPA Masjid Wak Tanjong di sini.
Boleh! Daftar sekali lagi. Anda dan anak anda akan belajar dari asatizah yang sama dengan menggunakan nombor telefon yang sama. Asatizah anda akan menghantar 2 tugas baru setiap hari, satu untuk anda dan satu lagi untuk anak anda.
Maklumkan kepada pihak admin atau asatizah sekiranya anda ingin menarik diri.
Sila tekan pautan ini untuk menghubungi Admin Quranbit.
Quranbit adalah khidmat yang disediakan secara percuma untuk semua pelajar! Tiada bayaran dikenakan. Tetapi kalau anda ingin memberi sumbangan ikhlas, sila tekan 'Donate(Derma)' di atas.
Anda boleh menyumbang dengan tekan 'Donate(Derma)' di atas.
Ya, asatizah Quranbit diberi bayaran bulanan sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka. Mereka mengajar bukan sebagai sukarelawan.
Tekan pautan ini dan dapatkan maklumat lanjut di lelaman web.
Bayarannya adalah $60 sebulan. Biasiswa disediakan bagi pelajar yang masih mahu teruskan pembelajaran tetapi memerlukan sokongan kewangan. Hubungi admin Quranbit untuk keterangan lanjut.
100% dana digunakan untuk membayar gaji asatizah Quranbit dan menampung kos meneruskan usaha Quranbit dalam mengajar Al-Quran secara percuma. Kami tidak memperoleh keuntungan daripada dana yang dikutipkan.
QURANBIT - LIGHTING UP OUR HEARTS, BIT BY BIT